Ombak kini kembali ohw OMBAK RiNDu

Rinduku umpama ombak yang tak berhenti
Kasihmu bagai pantai yang setia menanti...
Izzah ---> Maya Karin
Hariz ---> Aaron Aziz
Mila Amylia ---> Lisa Surihani
Sejak aku dgr Lisa Surihani inform yg die tgh shooting filem 'Ombak Rindu', hatiku sudah berombak kerinduan dengan Izzah & Hariz.. I'm really excited with that movie! arrggghh...
I tot Lisa Surihani memegang watak Izzah. Bru nk excited, last2 Maya Karin yg bawa watak Izzah.. Btw I'll support this coming movie :-)

Sape2 yg ade baca novel Ombak Rindu?? Kalo yg blum baca tue, baiklah korang baca & hayati kisah hidup seorang perempuan bernama Izzah :)
Sedih tau kisah hidup Izzah.. Blh dkatakan aku baca novel nie brjuta-juta kali <---tipu jeee...
Tp mmng aku sudah membca novel nie brulang kali. First time aku baca mase form 5 or form 4 mcm tue laa...
Siap kwn2 ikut turn nk pinjam novel Ombak Rindu...

Seriously aku bagitau kat korang, mmng sedih... Stiap kali aku baca novel nie, air mata aku ttp mengalir walaupun sudah berkali-kali ku membacanya :'(
Seolah-olah watak Izzah & Hariz hidup d depan mata ku..
Memang superB lah author Ombak Rindu ---> Fauziah Ashari
mmang layan dan trnyata novelmu membawa impak yg besar dan mendalam :)

Sinopsis :-
Izzah gadis yatim piatu yang kehilangan ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Setelah kematian ibu dan ayah IzzahIzzah dipelihara oleh bapa saudaranya Pak Cik Taha. Pada ketika itu, isteri Pak Cik Taha tidak cukup senang dengan Izzah dan menuduh Izzah membawah bala dalam keluarga mereka.
Kehidupan Pakcik Taha dipenuhi dengan hutang-piutang. Dalam kesempitan kewangan, Pakcik Taha telah merancang untuk menjual Izzah kepada tauke kelab malam dengan jumlah yang lumayan untuk Pakcik Taha melangsaikan hutangnya. Izzah telah brkeras hati tidak mengikuti kehendakan pakcik saudara kerana Izzah telah bercita-cita untuk menyambung belajar ke menara gading. Dengan hati yang luluh, Izzah terpaksa mengikuti kehendak Pakcik Taha walaupun hatinya memberontak.
Dari kelab malam itulah hidup Izzah berubah dan dijadikan sajian malam bagi para-para jejaka yang bernafsu buas. Hariz, Hariz yang telah menyelamatkan Izzah dari neraka jahanam dengan 'membeli' Izzah atas pujuk rayu Izzah. Maka Hariz telah membayar kepada tauke kelab malam dengan harga yang lumayan.
Dengan itu, Izzah membuat permintaan untuk Hariz mengahwini Izzah supaya hubungan mereka halal disisi agama tetapi Hariz telah meletakkan syarat pada Izzah dan haruslah dirahsiakan.
Mila Amylia, gadis yang telah menggugat kebahagian Hariz dan Izzah yang sedang berputik. Mila Amylia adalah anak kepada Tan Sri Rashdan, model,  pelakon terkenal dan pilihan ibu Hariz.
Namun kebahagiaan Hariz dan Izzah tetap mekar walaupun Izzah mengharungi cabaran dan dugaan.
Adakah Izzah atau Mila Amylia sanggup dimadukan?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...